Selamat bersidang kepada ahli dewan. Ramai yang menjangkakan persidangan kali ini akan bertambah hangat dan hangit dengan kehadiran beberapa ahli dewan bebas yang diketuai oleh YB Datuk Ibrahim Ali. Tempat duduk mereka di DR juga telah berubah. Apa yang menarik perhatian kita sebagai pemilih dan warga adalah apa yang bakal diperkatakan oleh ahli-ahali Dewan yang berprinsip bebas ini. Adakah mereka akan terus memainkan peranan mereka sebagai "check and balance" di dalam dewan atau pro kepada kerajaan khususnya dasar-dasar yang berkaitan dengan rakyat atau lain-lain tindakan yang tidak dijangkakan.
Semua ini bergantung kepada persoalan-persoalan yang bakal dibangkitkan nanti. Harapan kita semoga ahli-ahli dewan bebas ini akan menggunakan pertimbangan yang seadil mungkin. Dalam sejarah politik negara, kehadiran wakil bebas bukanlah perkara baru cuma apa yang membezakan kali ini adalah bilangan mereka semakin meningkat. Cuba kita bayangkan jika 10 ahli pembangkang menjadi calon bebas di DR atau di DUN. Satu persoalan yang bermain di minda adakah kehadiran calon yang berprinsip bebas ini relevan dengan senario politik sekarang? perlukan ianya disekat dengan mengwujudkan peraturan anti lompat parti? Dan akan terbelakah nasib orang-orang yang mengundi mereka dahulu? Semua ini hanya masa dan keadaan yang menentukan.
Di masa yang sama rakyat khususnya pengundi sedang memerhatikan dari dekat lakonan YB di DR. Adakah mereka ingin mencari populariti atau pun menunaikan amanah dari pengundi? Sepanjang dua tahun lepas, kita telah ditontonkan dengan pelbagai aksi, semua ini akan jadi maklumat untuk menentukan dan memilih siapakah yang paling layak untuk menjadi wakil mereka pada PRU 13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan