Rabu, 26 Ogos 2009
DI SEBALIK PERMATANG PASIR
Keputusan telah diketahui. Tahniah kepada PAS dan muhasabah kepada UMNO/BN. Ini lah Demokrasi bila pengundi telah buat keputusan memilih wakil maka semua pihak perlu akur. Seperti biasa bila dah kalah tu, kenalah buat post mortem sebab-sebab kekalahan. Berbagai alasan akan dikeluarkan oleh orang parti tapi yang pastinya jarang kita berjumpa dengan faktor-faktor yang melihat diri sendiri. Malah tidak ketinggalan ada yang menyanyikan lagu bangau oh bangau. Sikap begini tidak membantu malah menjatuhkan. Persoalan bila nak tukar. Benarkah kini pembangkang mula mendapat tempat dihati pengundi????? Jika dilihat dari segi keputusan 8 PRK sama ada parlimen mahu pun DUN, ada kebenarannya. Tapi kena ingat semua tu adalah kawasan yang dikatakan kubu kuat pembangkang atau pun pernah jadi kawasan pembangkang. Kepimpinan UMNO telah bertukar begitu juga dengan jawatan jawatan yang perlu diisi tapi persoalannya bila nak tukar pendekatan kepada pengundi. Selama ini faktor pembangunan dijadikan landasan untuk memancing undi. Tapi kini ternyata bahawa kaedah itu telah berakhir atau ketinggalan zaman. Setiap negeri perlukan pendekatan yang berbeza bagi menangani taufan yang dibawa oleh pembangkang. Terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk berubah atau jadi pembangkang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan