Sabtu, 16 Mei 2009

Rasuah Dalam Parti

Rasuah dalam Pas berlaku - Dr. M

KUALA LUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakin rasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakin berleluasa di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, parti Pas sama seperti parti-parti lain yang mana rasuah sering berlaku.

''Saya tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam,'' katanya.

Pandangan,

Dulu tuduhan dilemparkan kepada UMNO bahawa pemimpin UMNO mengamalkan rasuah politik untuk mengekalkan jawatan dalam parti khasnya untuk jawatan tertinggi parti peringkat pusat. Pelbagai tohmahan dan gelaran diberikan. Maka UMNO untu berusahalah dengan pelbagai cara untuk memastikan amalan buruk ini dihindarkan di pelbagai peringkat.

Ada orang besar yang kena soal dan diambil tindakan tidak ketinggalan juga orang kecil. Namun kalau nama nya pembangkang, semua yang dibuat oleh parti kerajaan itu dilihat dengan sebelah mata sahaja. Tuduhan berterusan dibuat malah hingga berjangkit untuk mengatakan bahawa UMNO menentukan keputusan mahkammah. Yang menghairankan penyokong PAS melihat pemimpin mereka seperti malaikat yang tidak langsung buat silap atau salah. Kini insiden yang sama telah menimpa parti yang dilabelkan sebagai Islam itu. Entah mengapa dengan tiba-tiba sahaja ada pemimpin peringkat tertinggi mendakwa ada unsur risywah dalam proses pemilihan kali ini. Maka melentinglah pemimpin tertinggi PAS bersilat untuk menafikan tuduhan tersebut. Kini mula menyalahkan antara satu sama lain. Kesimpulannya kalaulah tuduhan tanpa bukti siasat dulu jangan cepat tuduh orang melakukan amalan memakan daging kawan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan