Saranan YAB PM berhubung perlunya kepimpinan pemuda UMNO untuk berjumpa dan mendengar harapan orang muda adalah sesuatu yang sangat relevan dan sagnifikan dengan senario politik semasa negara. Kalau kita perhatikan hala tuju politik negara mulai diserap oleh generasi muda. PRU ke 12 2008 telah pun membuktikannya. Tanpa mempedulikan pengundi muda ketika itu, maka keputusannya seperti apa yang kita ketahui. Generasi muda hari ini telah pandai menggunakan hak mereka sebagai warga dalam menentukan siapakah yang bakal mereka pilih untuk menjadi wakil mereka di peringkat Dewan Undangan Negeri mahu pun Dewan Rakyat. Namun demikian, masih ramai lagi yang tidak tahu mengunakan hak mereka dengan tidak mendaftar sebagai pemilih.
Untuk mendekati generasi muda sudah pastilah agenda yang perlu dilakukan mestilah senada dan seirama dengan mereka. Saperti biasa generasi muda kini mempunyai minat yang pelbagai. Maka sudah pastinya kaedah kena juga pelbagai sesuai dengan citarasa mereka. Kepimpinan Pemuda UMNO perlu lebih banyak mendengar dari memberi (berceramah). Maklumlah orang muda sekarang, bila kena ceramah mulalah mereka rasa gelisah. oleh itu wajarlah kita membina kemahiran mendengar dengan berkesan, maksudnya berilah peluang dan ruang kepada mereka untuk melontarkan sebarang idea, cadangan, pandangan sama ada yang pro atau kontra demi menjaga keselesaan mereka.
